untitled-1copy.jpg

Home | Halaman SMSPP | 4 Khadijah | 4 Hajar | 4 Fatimah | 4 Balqis | 4 Aisyah | Page Title | Memory








Sejarah Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh

Kecemerlagan PMR banch 0509 Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh. Telah mendapat tempat kedua sekolah berasrama penuh pantai timur dan tempat ke-5 sekolah berasrama penuh seluruh Malaysia.




Kecemerlangan keputusan PMR senior batch 0408 Sekolah Menenagah Sains Pasir Puteh mendapat tempat pertama dalam negeri Kelantan dan tempat kesembilan dalam ranking SBP telah mendorong batch 0509 untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dan gemilang. Alhamdulillah berkat usaha gigih dari setiap calon dan ditambah pula dengan sokongan serta dorongan yang diberikan oleh pihak sekolah, kejayaan yang diharapkan mampu kami realisasikan. Keputusan PMR 2007 telah membuktikan Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh mampu melahirkan srikandi yang akan menggoncang dunia. Berkat usaha gigih daripada setiap pelajar tingkatan tiga batch 0509 telah membuahkan kejayaan yang telah membanggakan seluruh warga Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh. Kejayaan yang dimaksudkan ialah keputusan PMR tahun 2007 Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh yang telah mendapat tempat ketiga dalam negeri Kelantan dan menduduki tempat kelima dalam ranking SBP seluruh Malaysia.

Encik Syukri Sahak, seorang guru yang berkaliber dan mempunyai bakat kepemimpinan. Pada tahun 2006, beliau merupakan guru penyelaras tingkatan tiga tahun tersebut. Pada tahun itu jugalah Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh mula mengukir nama selaku sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang cemerlang. Sekali lagi pada tahun 2007, beliau menjadi guru penyelaras tingkatan tiga atas permintaan ramai pelajar batch 0509. Sekali lagi dibawah pimpinan beliau, pelajar PMR batch 0509 membanggakan seluruh warga Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh dengan keputusan PMR 2007 yang cemerlang.

Sepanjang tahun 2007, pelbagai program kecemerlangan telah diadakan oleh pihak sekolah. Para pelajar pula sering memberikan sokongan dan reaksi positif ke atas setiap program yang diadakan. Dalam setiap ujian dan peperiksaan yang diadakan, semua pelajar tingkatan tiga 2007 cuba memberikan keputusan yang terbaik. Berdasarkan keputusan percubaan PMR, kami batch 0509, semakin yakin dengan diri kami sendiri bahawa kami akan menggegarkan bumi SMSPP dengan keputusan PMR yang sebenar. Ceramah motivasi daripada Yang Mulia Raja Syamri menyemarakan lagi semangat kami untuk menjadi yang terbaik. Untuk bergelar dan dikenali sebagai yang terbaik bukanlah sesuatu yang mustahil. Setiap inci nasihat serta bimbingan daripada para guru, kami sematkan di hati dan akan kami pastikan tidak akan pudar apatah lagi hilang dari hati mulus kami.

Bertempat di dewan Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Dewan Sri Gemilang, seramai 134 orang pelajar tingkatan tiga batch 0509 telah melafazkan ikrar akan berusaha untuk menggapai kegemilangan demi meningkatkan nama Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh agar dikenali ramai. Kem kecemerlangan buat pertama kalinya pada tahun itu diadakan di Sri Permai Resort. Di situ para pelajar diberi penekanan dalam setiap matapelajaran yang akan diambil oleh para pelajar dalam Peperiksaan Menengah Rendah yang berlangsung pada 10 Oktober 2007. Tenaga pengajar dari luar dipanggil untuk mencurah serba sedikit ilmu kepada para pelajar. Namun masalah sentiasa ada menjadi penghalang. Tidak semua guru dari luar yang dipanggil dapat menghadirkan diri. Namun mereka semua tetap menghadirkan diri pada waktu yang lain.


Menjelang PMR yang akan berlangsung dalam tempoh lebih kurang dua bulan lagi, satu program baru dilancarkan oleh pihak sekolah. Program yang pertama kali diadakan di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh ini dikenali sebagai drilling. Sebelum ini, proses pembelajaran dan pengajaran diadakan di dalam kelas. Namun dalam program ini, pembelajaran dan pengajaran diadakan di dalam Dewan Sri Gemilang dengan penglibatan semua calon PMR 2007 iaitu seramai 134 orang. Kedudukan di dalam dewan disusun mengikut nombor giliran sebenar calon semasa PMR. Susunan sedemikian diatur bagi memberi peluang kapada calon membiasakan diri dengan kedudukan yang sebenar semasa PMR berlangsung. Sepanjang program ini, para pelajar diberi latihan dan dibekalkan dengan kertas soalan dalam bentuk format PMR sebenar. Soalan-soalan ini diambil daripada Jabatan Pendidikan Negeri di seluruh negara. Program ini berlanjutan hingga hari PMR tiba.

Semasa prep pula, pelajar berada di dalam kelas seperti biasa. Batch 0509 seramai 134 orang terdiri daripada lima buah kelas. Setiap pelajar diatur dalam bentuk kumpulan kecil seramai lima atau enam orang bagi setiap kumpulan. Kumpulan ini disusun berdasarkan keputusan pelajar dalam peperiksaan. Setiap kumpulan itu ditetapkan seorang ketua yang diambil dari dalam kalangan pelajar yang cemerlang agar mampu memberi tunjuk ajar kepada rakan sekumpulan yang lain. Idea bijak ini telah merapatkan hubungan antara pelajar dan mewujudkan suasana pembelajaran yang sangat menarik. Dalam perbincangan, setiap pelajar berusaha memberi perhatian sepenuhnya dalam suasana pembelajaran berkumpulan yang cukup kondusif.

Alhamdulillah, dengan izin Ilahi, kejayaan yang diharapkan menjadi realiti. Walaupun tidak semua calon PMR Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh mendapat keputusan straight A, namun keputusan yang diperolehi membuktikan bahawa pendidikan Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh mampu melahirkan pelajar yang berkualiti. Berdasarkan keputusan PMR 2007, kesemua calon mendapat keputusan enam ‘A’ keatas. Akhir kata, semoga pendidikan Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh akan terus maju melahirkan srikandi gemilang yang akan membawa seribu satu kemajuan untuk sama-sama dinikmati dan dirasai oleh seluruh penduduk Bumi nan permai ini. Kejayaan Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh akan terus kami, pelajar batch 0509, doakan. Semoga kejayaan cemerlang pelajar batch 0509 menjadi satu kayu ukur kecemerlangan pelajar Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh dalam PMR. Tahun 2009, sekali lagi batch 0509 Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh akan membawa keputusan yang cemerlang dan terbilang untuk kebanggaan sekolah sekali gus membuka mata seluruh insan di dunia bahawa Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh mampu melahirkan srikandi yang bakal menggegar, menggoyang serta menggoncang dunia, Insya-Allah.

Kecemerlangan keputusan PMR senior batch 0408 Sekolah Menenagah Sains Pasir Puteh mendapat tempat pertama dalam negeri Kelantan dan tempat kesembilan dalam ranking SBP telah mendorong batch 0509 untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dan gemilang. Alhamdulillah berkat usaha gigih dari setiap calon dan ditambah pula dengan sokongan serta dorongan yang diberikan oleh pihak sekolah, kejayaan yang diharapkan mampu kami realisasikan. Keputusan PMR 2007 telah membuktikan Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh mampu melahirkan srikandi yang akan menggoncang dunia. Berkat usaha gigih daripada setiap pelajar tingkatan tiga batch 0509 telah membuahkan kejayaan yang telah membanggakan seluruh warga Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh. Kejayaan yang dimaksudkan ialah keputusan PMR tahun 2007 Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh yang telah mendapat tempat ketiga dalam negeri Kelantan dan menduduki tempat kelima dalam ranking SBP seluruh Malaysia.

Encik Syukri Sahak, seorang guru yang berkaliber dan mempunyai bakat kepemimpinan. Pada tahun 2006, beliau merupakan guru penyelaras tingkatan tiga tahun tersebut. Pada tahun itu jugalah Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh mula mengukir nama selaku sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang cemerlang. Sekali lagi pada tahun 2007, beliau menjadi guru penyelaras tingkatan tiga atas permintaan ramai pelajar batch 0509. Sekali lagi dibawah pimpinan beliau, pelajar PMR batch 0509 membanggakan seluruh warga Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh dengan keputusan PMR 2007 yang cemerlang.

Sepanjang tahun 2007, pelbagai program kecemerlangan telah diadakan oleh pihak sekolah. Para pelajar pula sering memberikan sokongan dan reaksi positif ke atas setiap program yang diadakan. Dalam setiap ujian dan peperiksaan yang diadakan, semua pelajar tingkatan tiga 2007 cuba memberikan keputusan yang terbaik. Berdasarkan keputusan percubaan PMR, kami batch 0509, semakin yakin dengan diri kami sendiri bahawa kami akan menggegarkan bumi SMSPP dengan keputusan PMR yang sebenar. Ceramah motivasi daripada Yang Mulia Raja Syamri menyemarakan lagi semangat kami untuk menjadi yang terbaik. Untuk bergelar dan dikenali sebagai yang terbaik bukanlah sesuatu yang mustahil. Setiap inci nasihat serta bimbingan daripada para guru, kami sematkan di hati dan akan kami pastikan tidak akan pudar apatah lagi hilang dari hati mulus kami.

Bertempat di dewan Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Dewan Sri Gemilang, seramai 134 orang pelajar tingkatan tiga batch 0509 telah melafazkan ikrar akan berusaha untuk menggapai kegemilangan demi meningkatkan nama Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh agar dikenali ramai. Kem kecemerlangan buat pertama kalinya pada tahun itu diadakan di Sri Permai Resort. Di situ para pelajar diberi penekanan dalam setiap matapelajaran yang akan diambil oleh para pelajar dalam Peperiksaan Menengah Rendah yang berlangsung pada 10 Oktober 2007. Tenaga pengajar dari luar dipanggil untuk mencurah serba sedikit ilmu kepada para pelajar. Namun masalah sentiasa ada menjadi penghalang. Tidak semua guru dari luar yang dipanggil dapat menghadirkan diri. Namun mereka semua tetap menghadirkan diri pada waktu yang lain.


Menjelang PMR yang akan berlangsung dalam tempoh lebih kurang dua bulan lagi, satu program baru dilancarkan oleh pihak sekolah. Program yang pertama kali diadakan di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh ini dikenali sebagai drilling. Sebelum ini, proses pembelajaran dan pengajaran diadakan di dalam kelas. Namun dalam program ini, pembelajaran dan pengajaran diadakan di dalam Dewan Sri Gemilang dengan penglibatan semua calon PMR 2007 iaitu seramai 134 orang. Kedudukan di dalam dewan disusun mengikut nombor giliran sebenar calon semasa PMR. Susunan sedemikian diatur bagi memberi peluang kapada calon membiasakan diri dengan kedudukan yang sebenar semasa PMR berlangsung. Sepanjang program ini, para pelajar diberi latihan dan dibekalkan dengan kertas soalan dalam bentuk format PMR sebenar. Soalan-soalan ini diambil daripada Jabatan Pendidikan Negeri di seluruh negara. Program ini berlanjutan hingga hari PMR tiba.

Semasa prep pula, pelajar berada di dalam kelas seperti biasa. Batch 0509 seramai 134 orang terdiri daripada lima buah kelas. Setiap pelajar diatur dalam bentuk kumpulan kecil seramai lima atau enam orang bagi setiap kumpulan. Kumpulan ini disusun berdasarkan keputusan pelajar dalam peperiksaan. Setiap kumpulan itu ditetapkan seorang ketua yang diambil dari dalam kalangan pelajar yang cemerlang agar mampu memberi tunjuk ajar kepada rakan sekumpulan yang lain. Idea bijak ini telah merapatkan hubungan antara pelajar dan mewujudkan suasana pembelajaran yang sangat menarik. Dalam perbincangan, setiap pelajar berusaha memberi perhatian sepenuhnya dalam suasana pembelajaran berkumpulan yang cukup kondusif.

Alhamdulillah, dengan izin Ilahi, kejayaan yang diharapkan menjadi realiti. Walaupun tidak semua calon PMR Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh mendapat keputusan straight A, namun keputusan yang diperolehi membuktikan bahawa pendidikan Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh mampu melahirkan pelajar yang berkualiti. Berdasarkan keputusan PMR 2007, kesemua calon mendapat keputusan enam  keatas. Akhir kata, semoga pendidikan Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh akan terus maju melahirkan srikandi gemilang yang akan membawa seribu satu kemajuan untuk sama-sama dinikmati dan dirasai oleh seluruh penduduk Bumi nan permai ini. Kejayaan Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh akan terus kami, pelajar batch 0509, doakan. Semoga kejayaan cemerlang pelajar batch 0509 menjadi satu kayu ukur kecemerlangan pelajar Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh dalam PMR. Tahun 2009, sekali lagi batch 0509 Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh akan membawa keputusan yang cemerlang dan terbilang untuk kebanggaan sekolah sekali gus membuka mata seluruh insan di dunia bahawa Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh mampu melahirkan srikandi yang bakal menggegar, menggoyang serta menggoncang dunia, Insya-Allah.

Laman web ini berfungsi untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 tahun 2007 sekolah menengah sains pasir puteh...

Enter secondary content here



Enter supporting content here