Sejarah Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh
Kecemerlagan PMR banch 0509 Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh. Telah mendapat tempat kedua sekolah berasrama penuh pantai
timur dan tempat ke-5 sekolah berasrama penuh seluruh Malaysia.
Kecemerlangan keputusan PMR senior batch
0408 Sekolah Menenagah Sains Pasir Puteh mendapat tempat pertama dalam negeri Kelantan dan tempat kesembilan dalam ranking
SBP telah mendorong batch 0509 untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dan gemilang. Alhamdulillah berkat usaha gigih
dari setiap calon dan ditambah pula dengan sokongan serta dorongan yang diberikan oleh pihak sekolah, kejayaan yang diharapkan
mampu kami realisasikan. Keputusan PMR 2007 telah membuktikan Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh mampu melahirkan srikandi
yang akan menggoncang dunia. Berkat usaha gigih daripada setiap pelajar tingkatan tiga batch 0509 telah membuahkan kejayaan
yang telah membanggakan seluruh warga Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh. Kejayaan yang dimaksudkan ialah keputusan PMR tahun
2007 Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh yang telah mendapat tempat ketiga dalam negeri Kelantan dan menduduki tempat kelima
dalam ranking SBP seluruh Malaysia.
Encik Syukri Sahak, seorang guru yang berkaliber dan mempunyai bakat kepemimpinan.
Pada tahun 2006, beliau merupakan guru penyelaras tingkatan tiga tahun tersebut. Pada tahun itu jugalah Sekolah Menengah Sains
Pasir Puteh mula mengukir nama selaku sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang cemerlang. Sekali lagi pada tahun 2007, beliau menjadi
guru penyelaras tingkatan tiga atas permintaan ramai pelajar batch 0509. Sekali lagi dibawah pimpinan beliau, pelajar PMR
batch 0509 membanggakan seluruh warga Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh dengan keputusan PMR 2007 yang cemerlang.
Sepanjang
tahun 2007, pelbagai program kecemerlangan telah diadakan oleh pihak sekolah. Para pelajar pula sering memberikan sokongan
dan reaksi positif ke atas setiap program yang diadakan. Dalam setiap ujian dan peperiksaan yang diadakan, semua pelajar tingkatan
tiga 2007 cuba memberikan keputusan yang terbaik. Berdasarkan keputusan percubaan PMR, kami batch 0509, semakin yakin dengan
diri kami sendiri bahawa kami akan menggegarkan bumi SMSPP dengan keputusan PMR yang sebenar. Ceramah motivasi daripada Yang
Mulia Raja Syamri menyemarakan lagi semangat kami untuk menjadi yang terbaik. Untuk bergelar dan dikenali sebagai yang terbaik
bukanlah sesuatu yang mustahil. Setiap inci nasihat serta bimbingan daripada para guru, kami sematkan di hati dan akan kami
pastikan tidak akan pudar apatah lagi hilang dari hati mulus kami.
Bertempat di dewan Sekolah Menengah Sains Pasir
Puteh, Dewan Sri Gemilang, seramai 134 orang pelajar tingkatan tiga batch 0509 telah melafazkan ikrar akan berusaha untuk
menggapai kegemilangan demi meningkatkan nama Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh agar dikenali ramai. Kem kecemerlangan buat
pertama kalinya pada tahun itu diadakan di Sri Permai Resort. Di situ para pelajar diberi penekanan dalam setiap matapelajaran
yang akan diambil oleh para pelajar dalam Peperiksaan Menengah Rendah yang berlangsung pada 10 Oktober 2007. Tenaga pengajar
dari luar dipanggil untuk mencurah serba sedikit ilmu kepada para pelajar. Namun masalah sentiasa ada menjadi penghalang.
Tidak semua guru dari luar yang dipanggil dapat menghadirkan diri. Namun mereka semua tetap menghadirkan diri pada waktu yang
lain.
Menjelang PMR yang akan berlangsung dalam tempoh lebih kurang dua bulan lagi, satu program baru dilancarkan
oleh pihak sekolah. Program yang pertama kali diadakan di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh ini dikenali sebagai drilling.
Sebelum ini, proses pembelajaran dan pengajaran diadakan di dalam kelas. Namun dalam program ini, pembelajaran dan pengajaran
diadakan di dalam Dewan Sri Gemilang dengan penglibatan semua calon PMR 2007 iaitu seramai 134 orang. Kedudukan di dalam dewan
disusun mengikut nombor giliran sebenar calon semasa PMR. Susunan sedemikian diatur bagi memberi peluang kapada calon membiasakan
diri dengan kedudukan yang sebenar semasa PMR berlangsung. Sepanjang program ini, para pelajar diberi latihan dan dibekalkan
dengan kertas soalan dalam bentuk format PMR sebenar. Soalan-soalan ini diambil daripada Jabatan Pendidikan Negeri di seluruh
negara. Program ini berlanjutan hingga hari PMR tiba.
Semasa prep pula, pelajar berada di dalam kelas seperti biasa.
Batch 0509 seramai 134 orang terdiri daripada lima buah kelas. Setiap pelajar diatur dalam bentuk kumpulan kecil seramai lima
atau enam orang bagi setiap kumpulan. Kumpulan ini disusun berdasarkan keputusan pelajar dalam peperiksaan. Setiap kumpulan
itu ditetapkan seorang ketua yang diambil dari dalam kalangan pelajar yang cemerlang agar mampu memberi tunjuk ajar kepada
rakan sekumpulan yang lain. Idea bijak ini telah merapatkan hubungan antara pelajar dan mewujudkan suasana pembelajaran yang
sangat menarik. Dalam perbincangan, setiap pelajar berusaha memberi perhatian sepenuhnya dalam suasana pembelajaran berkumpulan
yang cukup kondusif.
Alhamdulillah, dengan izin Ilahi, kejayaan yang diharapkan menjadi realiti. Walaupun tidak semua
calon PMR Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh mendapat keputusan straight A, namun keputusan yang diperolehi membuktikan bahawa
pendidikan Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh mampu melahirkan pelajar yang berkualiti. Berdasarkan keputusan PMR 2007, kesemua
calon mendapat keputusan enam ‘A’ keatas. Akhir kata, semoga pendidikan Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh
akan terus maju melahirkan srikandi gemilang yang akan membawa seribu satu kemajuan untuk sama-sama dinikmati dan dirasai
oleh seluruh penduduk Bumi nan permai ini. Kejayaan Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh akan terus kami, pelajar batch 0509,
doakan. Semoga kejayaan cemerlang pelajar batch 0509 menjadi satu kayu ukur kecemerlangan pelajar Sekolah Menengah Sains Pasir
Puteh dalam PMR. Tahun 2009, sekali lagi batch 0509 Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh akan membawa keputusan yang cemerlang
dan terbilang untuk kebanggaan sekolah sekali gus membuka mata seluruh insan di dunia bahawa Sekolah Menengah Sains Pasir
Puteh mampu melahirkan srikandi yang bakal menggegar, menggoyang serta menggoncang dunia, Insya-Allah.
Kecemerlangan
keputusan PMR senior batch 0408 Sekolah Menenagah Sains Pasir Puteh mendapat tempat pertama dalam negeri Kelantan dan tempat
kesembilan dalam ranking SBP telah mendorong batch 0509 untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dan gemilang. Alhamdulillah
berkat usaha gigih dari setiap calon dan ditambah pula dengan sokongan serta dorongan yang diberikan oleh pihak sekolah, kejayaan
yang diharapkan mampu kami realisasikan. Keputusan PMR 2007 telah membuktikan Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh mampu melahirkan
srikandi yang akan menggoncang dunia. Berkat usaha gigih daripada setiap pelajar tingkatan tiga batch 0509 telah membuahkan
kejayaan yang telah membanggakan seluruh warga Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh. Kejayaan yang dimaksudkan ialah keputusan
PMR tahun 2007 Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh yang telah mendapat tempat ketiga dalam negeri Kelantan dan menduduki tempat
kelima dalam ranking SBP seluruh Malaysia.
Encik Syukri Sahak, seorang guru yang berkaliber dan mempunyai bakat kepemimpinan.
Pada tahun 2006, beliau merupakan guru penyelaras tingkatan tiga tahun tersebut. Pada tahun itu jugalah Sekolah Menengah Sains
Pasir Puteh mula mengukir nama selaku sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang cemerlang. Sekali lagi pada tahun 2007, beliau menjadi
guru penyelaras tingkatan tiga atas permintaan ramai pelajar batch 0509. Sekali lagi dibawah pimpinan beliau, pelajar PMR
batch 0509 membanggakan seluruh warga Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh dengan keputusan PMR 2007 yang cemerlang.
Sepanjang
tahun 2007, pelbagai program kecemerlangan telah diadakan oleh pihak sekolah. Para pelajar pula sering memberikan sokongan
dan reaksi positif ke atas setiap program yang diadakan. Dalam setiap ujian dan peperiksaan yang diadakan, semua pelajar tingkatan
tiga 2007 cuba memberikan keputusan yang terbaik. Berdasarkan keputusan percubaan PMR, kami batch 0509, semakin yakin dengan
diri kami sendiri bahawa kami akan menggegarkan bumi SMSPP dengan keputusan PMR yang sebenar. Ceramah motivasi daripada Yang
Mulia Raja Syamri menyemarakan lagi semangat kami untuk menjadi yang terbaik. Untuk bergelar dan dikenali sebagai yang terbaik
bukanlah sesuatu yang mustahil. Setiap inci nasihat serta bimbingan daripada para guru, kami sematkan di hati dan akan kami
pastikan tidak akan pudar apatah lagi hilang dari hati mulus kami.
Bertempat di dewan Sekolah Menengah Sains Pasir
Puteh, Dewan Sri Gemilang, seramai 134 orang pelajar tingkatan tiga batch 0509 telah melafazkan ikrar akan berusaha untuk
menggapai kegemilangan demi meningkatkan nama Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh agar dikenali ramai. Kem kecemerlangan buat
pertama kalinya pada tahun itu diadakan di Sri Permai Resort. Di situ para pelajar diberi penekanan dalam setiap matapelajaran
yang akan diambil oleh para pelajar dalam Peperiksaan Menengah Rendah yang berlangsung pada 10 Oktober 2007. Tenaga pengajar
dari luar dipanggil untuk mencurah serba sedikit ilmu kepada para pelajar. Namun masalah sentiasa ada menjadi penghalang.
Tidak semua guru dari luar yang dipanggil dapat menghadirkan diri. Namun mereka semua tetap menghadirkan diri pada waktu yang
lain.
Menjelang PMR yang akan berlangsung dalam tempoh lebih kurang dua bulan lagi, satu program baru dilancarkan
oleh pihak sekolah. Program yang pertama kali diadakan di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh ini dikenali sebagai drilling.
Sebelum ini, proses pembelajaran dan pengajaran diadakan di dalam kelas. Namun dalam program ini, pembelajaran dan pengajaran
diadakan di dalam Dewan Sri Gemilang dengan penglibatan semua calon PMR 2007 iaitu seramai 134 orang. Kedudukan di dalam dewan
disusun mengikut nombor giliran sebenar calon semasa PMR. Susunan sedemikian diatur bagi memberi peluang kapada calon membiasakan
diri dengan kedudukan yang sebenar semasa PMR berlangsung. Sepanjang program ini, para pelajar diberi latihan dan dibekalkan
dengan kertas soalan dalam bentuk format PMR sebenar. Soalan-soalan ini diambil daripada Jabatan Pendidikan Negeri di seluruh
negara. Program ini berlanjutan hingga hari PMR tiba.
Semasa prep pula, pelajar berada di dalam kelas seperti biasa.
Batch 0509 seramai 134 orang terdiri daripada lima buah kelas. Setiap pelajar diatur dalam bentuk kumpulan kecil seramai lima
atau enam orang bagi setiap kumpulan. Kumpulan ini disusun berdasarkan keputusan pelajar dalam peperiksaan. Setiap kumpulan
itu ditetapkan seorang ketua yang diambil dari dalam kalangan pelajar yang cemerlang agar mampu memberi tunjuk ajar kepada
rakan sekumpulan yang lain. Idea bijak ini telah merapatkan hubungan antara pelajar dan mewujudkan suasana pembelajaran yang
sangat menarik. Dalam perbincangan, setiap pelajar berusaha memberi perhatian sepenuhnya dalam suasana pembelajaran berkumpulan
yang cukup kondusif.
Alhamdulillah, dengan izin Ilahi, kejayaan yang diharapkan menjadi realiti. Walaupun tidak semua
calon PMR Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh mendapat keputusan straight A, namun keputusan yang diperolehi membuktikan bahawa
pendidikan Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh mampu melahirkan pelajar yang berkualiti. Berdasarkan keputusan PMR 2007, kesemua
calon mendapat keputusan enam keatas. Akhir kata, semoga pendidikan Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh akan terus maju
melahirkan srikandi gemilang yang akan membawa seribu satu kemajuan untuk sama-sama dinikmati dan dirasai oleh seluruh penduduk
Bumi nan permai ini. Kejayaan Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh akan terus kami, pelajar batch 0509, doakan. Semoga kejayaan
cemerlang pelajar batch 0509 menjadi satu kayu ukur kecemerlangan pelajar Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh dalam PMR. Tahun
2009, sekali lagi batch 0509 Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh akan membawa keputusan yang cemerlang dan terbilang untuk
kebanggaan sekolah sekali gus membuka mata seluruh insan di dunia bahawa Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh mampu melahirkan
srikandi yang bakal menggegar, menggoyang serta menggoncang dunia, Insya-Allah.
|